PUSAT RAMALAN DAN AMARAN BANJIR NEGARA
(PRABN)
Objektif
- Memberi perkhidmatan cemerlang dalam pembangunan dan pengoperasian sistem ramalan dan amaran banjir sebagai persediaan menghadapi banjir bagi peningkatan kualiti hidup, keselamatan nyawa dan harta benda.
Fungsi
- Memastikan operasi ramalan dan amaran banjir yang berkesan selaras dengan keperluan agensi berkaitan bencana banjir dan orang awam dalam penerimaan amaran banjir.
- Membangun, menaiktaraf dan menyelenggara sistem ramalan dan amaran banjir meliputi peralatan, pemodelan, infrastrukur ICT dan sistem hebahan.
- Menjalankan aktiviti kesedaran awam berkaitan ramalan dan amaran awal banjir serta membuat penilaian keberkesanannya.
- Memastikan kerjasama dengan agensi berkaitan bencana banjir, pihak media dan organisasi antarabangsa dapat dilaksanakan dengan efektif bagi peningkatan ramalan dan hebahan amaran banjir.
Piagam Pelanggan
- Melaksanakan hebahan ramalan dan amaran banjir monsun 2 hari lebih awal kepada agensi berkaitan bencana banjir dan penduduk yang terlibat dengan banjir di Lembangan Sungai Kelantan, Sungai Terengganu dan Sungai Pahang.
- Menyediakan laporan banjir semasa dalam tempoh 24 jam selepas kejadian banjir.
Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara
Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi
Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia