Bagaimana untuk mendapatkan maklumat amaran banjir di lokasi saya?
Anda boleh mendapatkan maklumat amaran banjir di lokasi pilihan dengan mendaftar lokasi tersebut dan anda akan menerima notifikasi menyatakan status banjir melalui SMS atau email. Pilihan lokasi boleh didaftarkan pada Daftar Amaran Banjir
Bagaimana saya hendak mengutarakan sebarang aduan?
Sekiranya anda ingin membuat aduan, anda boleh menghubungi pegawai hidrologi mengikut lokasi anda atau boleh disalurkan di halaman Maklum Balas.
Bagaimana saya hendak menyalurkan maklumat berkaitan banjir?
Anda boleh menyalurkan maklumat banjir dengan menghubungi pegawai hidrologi mengikut lokasi anda atau menghubungi langsung ke Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) (nombor telefon dan email tertera dia halaman utama) atau boleh disalurkan di halaman Perkongsian Maklumat.
Adakah JPS bertanggungjawab untuk masalah air paip?
JPS tidak bertanggungjawab untuk bekalan air domestik atau industri. JPS hanya bertanggungjawab untuk bekalan air pengairan bagi petani. Sila hubungi pihak berkuasa yang berkaitan seperti Jabatan Air Negeri, Jabatan Kerja Raya atau syarikat air / lembaga air negeri yang sesuai yang bertanggungjawab untuk bekalan air di kawasan anda.
Kepada siapakah aduan boleh dilakukan mengenai masalah saliran atau banjir kilat tempatan?
JPS dan pihak berkuasa tempatan yang akan bertanggungjawab untuk saliran. Umumnya pihak berkuasa tempatan bertanggungjawab untuk pembinaan dan penyelenggaraan sistem perparitan yang sebahagian besarnya terdiri daripada batang-batang longkang dan longkang sekunder. JPS bertanggungjawab terhadap sungai-sungai yang mungkin mengalir di dalam dan di luar kawasan pihak berkuasa tempatan. Banjir yang disebabkan oleh longkang yang tercemar dan pembetung yang tersumbat adalah di bawah tanggungjawabpihak berkuasa tempatan. Banjir yang disebabkan oleh limpahan daripada saliran dan sungai kerana kapasiti tidak mencukupi biasanya merupakan tanggungjawab JPS. Sekiranya terdapat sebarang keraguan mengenai kes-kes tersebut sila hubungi pejabat PRO JPS. JPS mempunyai pejabat PRO di setiap negeri.
Di manakah saya boleh mendapatkan data mengenai hujan dan aliran sungai?
Maklumat ini diterbitkan setiap tahun oleh Bahagian Sumber Air dan Hidrologi, Jabatan Pengairan dan Saliran yang terletak di Cawangan JPS di Jalan Ampang (Tel: 03- 4256 2657). Bahagian Sumber Air dan Hidrologi mempunyai sistem pangkalan data yang dikenali sebagai Sistem Maklumat Hidrologi (HIS) yang dapat membekalkan maklumat secara atas talian. Bahagian ini juga mengumpul maklumat kualiti air termasuk data selimen sungai.
Apakah MSMA?
MSMA bermaksud “Manual Saliran Mesra Alam”. Manual ini dikeluarkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia pada tahun 2000 dan telah dikemaskini pada tahun 2011. Ianya merupakan panduan kepada semua pemaju untuk mengetahui kaedah pengurusan air larian yang perlu diamalkan di Malaysia.
Adakah orang awam dibenarkan memohon untuk menggunakan tanah yang ditetapkan sebagai rizab Sungai?
Secara umum JPS tidak menggalakkan permohonan menggunakan rizab sungai. Pihak JPS memerlukan akses pada bila-bila masa untuk kerja-kerja pembaikan kecemasan serta untuk penyelenggaraan sungai. Walau bagaimanapun, JPS boleh mempertimbangkan permohonan tertentu berdasarkan kes demi kes.
Bagaimanakah saya memohon untuk membina jambatan pejalan kaki?
JPS sering menerima permohonan untuk membina jambatan pejalan kaki atau jambatan lalu lintas ringan untuk kemudahan penduduk setempat. Sila maklumkan kepada PRO JPS negeri yang berkaitan.
Kepada siapakah laporan mengenai masalah pencemaran sungai akan diadukan?
Kami menghargai maklumat tentang punca-punca serta sumber pencemaran sungai. Oleh kerana JPS bukan pihak berkuasa penguatkuasaan kawalan pencemaran, biasanya perkara penguatkuasaan ini akan diajukan kepada Jabatan Alam Sekitar.
Kepada siapakah laporan mengenai sampah-sarap yang menyebabkan tersumbatnya saluran air akan diadukan?
Sila rujuk perkara ini kepada pihak berkuasa tempatan atau pihak tertentu yang sewajarnya bertanggungjawab untuk penyelenggaraan sistem saliran bandar.
Kepada siapakah laporan mengenai penduduk setinggan yang menduduki rizab sungai akan diadukan?
Sekiranya anda melihat penduduk setinggan mula menduduki rizab sungai, sila laporkan kepada JPS daerah atau JPS negeri yang berkaitan.
Sebarang maklumat, maklum balas, cadangan atau aduan boleh menghubungi kami melalui capaian di bawah:
JPS careline : 603-4289 5505
Website : http://water.gov.my
Email : pro@water.gov.my