Director General Message

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera
Bismillahir Rahmanir Rahim,
Laman Web Infobanjir Version 2 (IBV2) ini merupakan salah satu inisiatif penting Jabatan yang bertujuan untuk menyediakan maklumat-maklumat hidrologi dan data asas yang terkini berkenaan JPS. Penyediaan laman web ini telah menjayakan usaha Jabatan dalam membangunkan pangkalan data hidrologi yang dapat memberi faedah kepada semua pengguna. Selaras dengan kehendak dan perkembangan teknologi semasa serta inisiatif Jabatan dalam merakyatkan perkhidmatan awam, Jabatan telah membangunkan aplikasi mobile myJPS dan myInfobanjir yang boleh dicapai oleh pihak awam melalui Play Store (Android) dan Apps Store (iOS).
Adalah diharapkan Laman Web ini dapat dijadikan sebagai sumber rujukan pantas yang mudah dan berguna kepada orang awam, semua warga JPS dari peringkat pengurusan hingga pelaksana dan juga bagi Kementerian, Jabatan dan Agensi lain yang memerlukan maklumat hidrologi JPS.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua Bahagian, Negeri dan Projek khususnya Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi yang telah sama-sama berusaha dalam merealisasikan usaha Jabatan melalui penyediaan laman web ini.
Sekian, terima kasih.
DATO’ SRI Ir. HJ. ZULKEFLI BIN HASSAN
Ketua Pengarah
Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia